THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 12, 2009

HOLIDAY with MY classmet..

Setelah sepanjang 1 sem sibuk berteater sana teater sini... study lg, program lain lg akhirnye kerja kami selesai jua. Dengan persetujuan semua dan kos yang mengizinkan kami rakan sekelas, lect dan juga keluarganya pergi bercuti di Air terjun Sg. Gabai...
Ahad 12/4/09 pada jam 10.30pagi kami telah bergerak ke air terjun. Kami menaiki 5buah kereta dan sebuah van...serta sebuah kenderaan keluarga lect. Dengan cuaca pagi yang agak baik, perjalanan kami selamat tiba pada jam 11.30pg.
Dari jauh kami telah mendengar terjunan air menghempas batu.

Wahh teruja kami... kami mengambil barang2 dan makanan terus mula mendaki.
Tp blh plk kwn2 aku beli aiskrim beramai-ramai. mcm bdk2.... kami terus mendaki bukit tinggi hampir 12meter dan kemudian berehat di tapak perkemahan dengan mencari kawasan yang bersesuaian. Berpeluh kasar aku. Mcm mandi... Belum jumpa air lagi dah basah mandi peluh... Tinggi tangganye pastu kan licin..hati2 tau kalau jalan tu.
Kami berhenti la dua tiga kali tepi tebing tu...
Tp ada la sorang makcik ni siap bwk baby lagi, slamber je jalan. Yg kami ni termengah-mengah..
wahh hebat tul makcik tu!
Tp xtipu r, tangga tu memang tinggi. kemudian
kami terus menghidupkan bara api untuk memasak ayam BBQ. WAH, NI LG HEBAT... utk 43org mkn kami beli 20ekor ayam.
Dasyat kan? mcm nak wat kenduri 1 kampung... mkn la korang sampai kenyang. Bkn setakat ayam je, ada sosej, kentang goreng, mee houn grg, mcm2 lg la. Hebat betul bdk2 ni mkn..
Kami tukar2 trun untuk mandi manda...
Time ni la perangai kebudak-budakan mereka terserlah.. fifil, sharil yang selalu control macho tu mcm bdk2 siap main gelongsor kat batu tu.
Mule la yg lain mgikut. si mida, nisa, meor, isz, fiza, yan, 3serangkai, lain2 la....pendek kata hampir semua join. termasuk le aku ni. hehehhe.
Dah puas main air berendam kesejukan, naik je kebulur semua kelaparan. Serang ayam....

nyam nyam....sedap Mkn panas2.
Dah mkn kenyang...sambung lagi main air bdk2 ni...bukan main seronok le mereka ni. walaupun hujan renyai mule turun sebelah petang tp mereka masih meneruskan permainan air. Hujan bukan penghalang! Ada yang jd supermen, ada yg aksi mcm dugung, ada yg aksi kuak lentang, ada jgk yg aplikasikan lakonan Sukma Angin ketika mandi. Dasyat.... Bab bergambar pula jgn ckp, same cni pose... semua sudut n aksi nak amek gambar. Ada plk yg mata gatal ni 'cuci mata' memandang org mandi..Gatal!!
Selepas semua makanan habis dan kulit kami terasa kecut serta ada yg menggigil. kami berkemas untuk pulang...
Ahhhh lagi sekali kami terpakse merentasi anak2 tanga yg curam itu. sabar je la... dlm hati ni berkata, ''eiii bila la nak abis tangga ni''. Kami berjaya jua akhirnya... kami menbersihkan bdn dan solat sebelum pulang.
Selesai semua, kami membahagi2 kn cenderamata kepada semua yg direka khas oleh aku dan mida. Cantik tau.! Kami segera pulang apabila jam menunjukakn 5ptg. Dalam keadaan keletihan ramai yg tertido semasa perjalanan pulang. Penat main air, panjat bukit..
Kami selamat tiba di UKM pada jam 6.15ptg dengan keadaan hujan lebat. Tiba-tiba kereka yg aku naiki yg di pandu oleh fiza terlanggar sebuah kereta di FSSK. Malang sungguh, keadaan suka berubah menjadi duka. namun xda yg cedera dan hanya satu perlanggaran kecil. Alhamdulillah.....
Sementara hujan teduh, kami akhiri sepanjang hari ini dengan menjamu kek coklet stawberi utk kami sekelas.. Kek ni sedap.........tgk r, bestkan. Akhir sekali nak ucapkan terima kasih kepada semua, yg bertungkus lumus sediakan makanan, yan, fiza, eja, dila, sue, yati, tiqah. Yang turut membantu emy, azunie, mid, aizah, isz, cikmah, sharil, zaidi, pau, meor, nisa, dan yang lain. wlupun xsebut name tp aku hargai sgt. Tq so much.. Sematkan la kengangan kita ini dalam lubuk hati masing2. ampun maaf dipinta.

1 comments:

madeeha muhammad said...

wah bestnyer mandi air tejun.....mao gak!!!waaaa.....