THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 28, 2009

Ramadhan Al-Mubarak


BULAN RAMADHAN BULAN MULIA

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Wednesday, August 12, 2009

INDAHNYA IMPIAN....

WEDDING..?????


"EMMMM.....CITE APE NI? TETIBE JE SEBUT PASAL WEDDING???
EHH,sy ni masih budak sekolah lagi la.. belum tibe mase nak kawin."
Tetibe je aku terpikir pasal wedding.. hari tu aku lalu dpn butik pengantin tetibe aku terlihat sepasang baju pengantin yg angun dan menambat mata aku terus terusik di sudut hati..
eii, bahaya betul...nasib baik baju bkn org!!
Aku sebenarnya xla gatal sgt nak kawin cume terfikir bila perasaan terusik.
Hanya kerana baju pengantin yg cantik aku rasa macam nak kawin.........
malunye saya.

Satu lagi cite pasal kawin ni, mase awal tahun ni sepupu aku kawin name die sally..
aku teruja melihat pelamin yg tersergam indah ala alaa garden tu..
MMG SESUAI LA sbb wedding die buat kat tgh laman padang permainan.
Mase malam NIKAH tu kan ada lampu kat pelamin tu lg betambah cantik dan berseri2...
dALAM keadaan yg riuh aku terasa ada satu perasaan yg memberontak dalam dada ini tetibe terkeluar perkataan " aku nak kawin jgk la mcm ni ".
Ada plk sepupu aku terdengar, aduhhh malunye aku.
Ni la gamba mase selepas majlis perkahwinan sepupu aku.
Sempat lg aku pose. sEmoga bahgia kpd mempelai..

Nampak x pelamain bawah ni? ni bukan pelamin impian aku sebenarnya...tp belum ape2 lg mama aku dah ckp yg pelamin aku nanti die nak wat warna putih merah.
So aku bygkan macam ni la... Agak cantik la jgk.. pandai mak aku pilih..
Aku ni agak r mcm seorang anak yg baik, so aku serahkan semua urusan wedding aku nnt kpd mama aku. biarkan dia puas hati. Tp aku tahu pilihan dia adalah yg terbaik utk aku.
Aku pasti akan suka pada majlis tersebut.
Aku xpernah ada pelamin impian, baju pengantin idaman...tapi aku inginkan yang cantik dan menawan. Aku nak kelihatan paling indah pada majlis raja sehari aku nnt.
Ambboiii tingginya terebang nnt jatuh tertiarap xtahu...
Sebut pasal kawin dari tadi tapi aku nak kawin ngn sape?
Siapa pengantin lelaki aku????? emmmm Fikir jap...
Aku dah ada pilihan hati....harap sgt die masuk meminang aku. hehhehehe...
KLU Ada jodoh insya Allah.... AAAMINNNN.

Pada aku majlis perkahwinan yg indah dan bermakna ini perlu terus di semai dengan perasaan cinta, kasih dan sayang agar cinta pasangan pengantin itu sentiasa bertaut dan kebahgiaan milik mereka. Aku inginkan sebuah perkahwinan yg sederhana dan KELUARGA YG BAHAGIA... mesti bertolak ansur dan saling memahami.
JANGAN CURANG TAU!!!!

RINDDUUUUU.......

HAI KAWAN2.....

cha kembali utk sem ni.. setelah sekian lamenye tertido dalam jaga.
Utk post baru ni cha nak cite cikit.. result exam sem lepas cha meningkat rasa bersyukur dah Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah...
Utk sem ni cha berazam nak naik kan lg pngk so kene la lipat gandakan usaha lg.
hehehhe.... cayoookk2.!!!
Terima kasih xterhingga kepada mama ayah kerana sentiasa memberi sokongan dan menjadi sumber inspirasi diri ini. sekaLung terima kasih kepada teman terdekat yg sentiasa berada di sisi, Terima Kasih ye En. Faizal Abd Rashid...
Lastly kepada kawan2 teman seperjuangan dan keluarga ku disini ani, dila, yan, fiza, ena, ida, ika, dan, daus, azmin, dan semua la....
klu nak tulis name korang semua penuh le blog ni. lOVE U ALLL
Tahun ni merupakan last year aku kat ukm ni, so aku xblh main2 lg.... tinggal 2sem je lg utk menentukan kejayaan aku kat ukm. SO AKU kene blaja sungguh2 wlupun sampai tido ngn buku2 ngn note2. Mama ckp, aku dah tahun 3 skrg ni jgn sia-siakan usaha aku selama ni. Tinggal ckit je lagi.. teruskan perjungan ni.
PESANAN kpd kwn2.. klu nampak cha malas tolong sedarkan die..
BElasah je die ni tp jgn wat betul2..memain je. good luck to all utk sem ni.