THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 26, 2009

DEALOVA VS MAHA KARYA CINTA.. Yg mana bisa melunturkan hati seorang pencinta?


DEALOVA
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan
(Korus)Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi
Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada.



MAHA KARYA CINTA

Begitu berat melangkah…
melihat kau bersamanya
adakah aku yg salah atau hanya helah saja
ku masih mencintai diri kamu
bila kau menjauh ku rindu
kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah pasti aku tak berdaya kerna kau maha karya cinta …
biarpun kau tidak mahu menerima
kasih daku ku kan setia bersama mu sehingga ke akhir waktu
ku masih menyayangi diri kamu
bila kau berlalu ku rindu ..
kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah pasti aku tak berdaya kerna kau maha karya cinta
kau takkan dapat aku lupakan kerna kau lah punca cinta kita
mengajar aku erti bahagia
kembalilah .. terimalah pesan daku yang akan terus menunggu …

Friday, April 17, 2009

BBQ

Eemmm...ni nak smbg kisah jaksa.....
Tugasan kami hampir ke penghujungnye.
Kami adakan majlis penghargaan jaksa bersama felo sekali gus merupakan majlis perletakakn jawatan sebagai jaksa.
Seronok majlis ni, datang n makan..
makanan kami ala BBQ atau bakar-bakar... Tp kene masak sendiri.
kami masak n mkn.
Aina la yg kenalkn tempat ni.
Tengok ni kami masak...
Bayaran yang dikenakan seorang masuk RM18 tp blh makan sepuasnya.... blh tido cini skali. Ehh xla. wahh klu macam ni boleh tutup kedai....
Seronok main masak2 n....hati2 kwn2 jgn ada yg termasak skali sudah.
Xsempat abis masak masing2 dah makan, satu2 masuk mutul... arghhh panas... hehehehe. tule, tgh panas berasap lg dah makan, xsabo.!
Perkara wajib ada lah... usik mengusik... sambil mkn sambil mengenakan org la... ada je sasarannya.
riuhhh meja kiteorg. semua tgk..malu pun ada.

Tuesday, April 14, 2009

Dating at KLCC

Emmmm....malam ni cha nak cite lg pasal td siang gi jalan-jalan. aku gi jumpe kwn lame aku kat KLCC. Dah lama sgt xjumpe, rinduu...
Si Mazni ni kawan skola aku dr tingkatan 1-5...aku mase kat skola slalu berkepit ngn die, best friend la katakan. Mcm2 perangai baik buruk berkongsi bersama. hehehe.
Pas tu die pindaH Melaka skrg bapak die dah pencen pindah KL plk.
Die pun study lg kat UiTM Dungun...so time study week ni la die balik umah kat KL ni. Kebetulan aku xbalik study week so dpt la jumpe kwn baik aku ni....
Mid yg baik dan suke berjalan ni la yg temankan aku.
Tq Mid..
Best gi KLCC walaupun dah pergi berkali2. Windowshoping, main air, jumpe t.rex... hehehe. ni le gamba kami td..
Dah jalan-jalan perut lapar makan la plk. Kan kwn2..?
Tp kan pELIK LA... td kan ari selasa org berkerja dan hari skola. Tapi kan kat KLCC tu still ramai org.. ngn orang bekerja, bdk skola, makcik, pakcik, atok, nenek ngn pelancong luar skali...
wahh rajin tul rakyat Malaysia ni berjalan.
Ada yg pelancong kulit putih, gelap, mcm2 warna kulit la.
Tp xheran la kan, kan KLCC salah satu tempat tarikan pelancong. Kpd pelancong luar tu TQ sudi datang ke Malaysia.
Datang la lagi......







Sunday, April 12, 2009

HOLIDAY with MY classmet..

Setelah sepanjang 1 sem sibuk berteater sana teater sini... study lg, program lain lg akhirnye kerja kami selesai jua. Dengan persetujuan semua dan kos yang mengizinkan kami rakan sekelas, lect dan juga keluarganya pergi bercuti di Air terjun Sg. Gabai...
Ahad 12/4/09 pada jam 10.30pagi kami telah bergerak ke air terjun. Kami menaiki 5buah kereta dan sebuah van...serta sebuah kenderaan keluarga lect. Dengan cuaca pagi yang agak baik, perjalanan kami selamat tiba pada jam 11.30pg.
Dari jauh kami telah mendengar terjunan air menghempas batu.

Wahh teruja kami... kami mengambil barang2 dan makanan terus mula mendaki.
Tp blh plk kwn2 aku beli aiskrim beramai-ramai. mcm bdk2.... kami terus mendaki bukit tinggi hampir 12meter dan kemudian berehat di tapak perkemahan dengan mencari kawasan yang bersesuaian. Berpeluh kasar aku. Mcm mandi... Belum jumpa air lagi dah basah mandi peluh... Tinggi tangganye pastu kan licin..hati2 tau kalau jalan tu.
Kami berhenti la dua tiga kali tepi tebing tu...
Tp ada la sorang makcik ni siap bwk baby lagi, slamber je jalan. Yg kami ni termengah-mengah..
wahh hebat tul makcik tu!
Tp xtipu r, tangga tu memang tinggi. kemudian
kami terus menghidupkan bara api untuk memasak ayam BBQ. WAH, NI LG HEBAT... utk 43org mkn kami beli 20ekor ayam.
Dasyat kan? mcm nak wat kenduri 1 kampung... mkn la korang sampai kenyang. Bkn setakat ayam je, ada sosej, kentang goreng, mee houn grg, mcm2 lg la. Hebat betul bdk2 ni mkn..
Kami tukar2 trun untuk mandi manda...
Time ni la perangai kebudak-budakan mereka terserlah.. fifil, sharil yang selalu control macho tu mcm bdk2 siap main gelongsor kat batu tu.
Mule la yg lain mgikut. si mida, nisa, meor, isz, fiza, yan, 3serangkai, lain2 la....pendek kata hampir semua join. termasuk le aku ni. hehehhe.
Dah puas main air berendam kesejukan, naik je kebulur semua kelaparan. Serang ayam....

nyam nyam....sedap Mkn panas2.
Dah mkn kenyang...sambung lagi main air bdk2 ni...bukan main seronok le mereka ni. walaupun hujan renyai mule turun sebelah petang tp mereka masih meneruskan permainan air. Hujan bukan penghalang! Ada yang jd supermen, ada yg aksi mcm dugung, ada yg aksi kuak lentang, ada jgk yg aplikasikan lakonan Sukma Angin ketika mandi. Dasyat.... Bab bergambar pula jgn ckp, same cni pose... semua sudut n aksi nak amek gambar. Ada plk yg mata gatal ni 'cuci mata' memandang org mandi..Gatal!!
Selepas semua makanan habis dan kulit kami terasa kecut serta ada yg menggigil. kami berkemas untuk pulang...
Ahhhh lagi sekali kami terpakse merentasi anak2 tanga yg curam itu. sabar je la... dlm hati ni berkata, ''eiii bila la nak abis tangga ni''. Kami berjaya jua akhirnya... kami menbersihkan bdn dan solat sebelum pulang.
Selesai semua, kami membahagi2 kn cenderamata kepada semua yg direka khas oleh aku dan mida. Cantik tau.! Kami segera pulang apabila jam menunjukakn 5ptg. Dalam keadaan keletihan ramai yg tertido semasa perjalanan pulang. Penat main air, panjat bukit..
Kami selamat tiba di UKM pada jam 6.15ptg dengan keadaan hujan lebat. Tiba-tiba kereka yg aku naiki yg di pandu oleh fiza terlanggar sebuah kereta di FSSK. Malang sungguh, keadaan suka berubah menjadi duka. namun xda yg cedera dan hanya satu perlanggaran kecil. Alhamdulillah.....
Sementara hujan teduh, kami akhiri sepanjang hari ini dengan menjamu kek coklet stawberi utk kami sekelas.. Kek ni sedap.........tgk r, bestkan. Akhir sekali nak ucapkan terima kasih kepada semua, yg bertungkus lumus sediakan makanan, yan, fiza, eja, dila, sue, yati, tiqah. Yang turut membantu emy, azunie, mid, aizah, isz, cikmah, sharil, zaidi, pau, meor, nisa, dan yang lain. wlupun xsebut name tp aku hargai sgt. Tq so much.. Sematkan la kengangan kita ini dalam lubuk hati masing2. ampun maaf dipinta.

Thursday, April 2, 2009

Teater 'RAGAM MUDA MUDI'

Salam Bestari.... hari ni cha nak cite pasal my cos. Isnin 30/3/09 Kebudayaan Production Team Crew telah berjaya mementaskan teater Ragam Muda Mudi. Teater ini merupakan exam kami sebanyak 70% dalam kursus SKMK2083 : Estetika dan Poduksi Pementasan program Kebudayaan dan Kesenian Melayu, FSSK, UKM. kami dianggotai seramai 43orang..dan di bimbing oleh EN.NAZRI selaku pensyarah kami. Ragam Muda Mudi mengisahkan pelajar-pelajar yg baru menjejakkn kaki di universiti dengan gaya dan ragam tersendiri. Bob, Azim, Zaem, Anita, Masha, Laili, Ayu DAN fAIZ.... Mereka berasal dari negeri dan latar belakang yang berbeza. ini lah yang mengamat kan suasana. ini lah barisan pelakon kami...
okay, aku nak kenalkan dengan barisan pelakon utama... shamsul sebagai bob, fifil sbg azim, sharil sbg zaem, cha sbg anita..(aku r tu, wat xkenal plk.), nisa sbg masha, mida sbg laili, ayu sbg ayu dan last yg paling penting faizal sbg faiz. Turut di bantu oleh tika sbg ibu azim, zaidi sbg bapak azim, sarimah sbg dr. sery, zi sbg dr.z, syafiq, fiza sulaiman dan zairin sebagai pegawai.
Pengarah pementasan teater ini ialah iskandar dan turut berlakon sbg Dato. M. Daud Kilau.. siap menari gelek2 lg...mantap r.aku nak cite ckit r pasal teater ni, faiz tu seorg lelaki lembut dan suke berhias seperti pelajar perempuan lain. Manakala anita plk seorg tomboy yang kasar dan tidak sopan. azim dan zaem selaku rakan kelas tidak suka perkara songsang ini terjadi. Lalu mereka lah yang memberi nasihat dan teguran kepada anita dan faiz. laili, ayu dan masha merupakan kawan sekelas mereka yang gemar bersolek di dalam kelas. itulah yang menjadikan Faiz lebih senang bergaul dengan mereka. tetapi masha plk seorg perempuan yang gedik dan sukakan azim. kisah si Bob plk, agak senting, selalu terkena sawan, dan giler2...yg cintakan masha tetapi di tolak berulang kali. namun mereka berlapan ini, selalu bermain di dalam kelas sehingga berlaku pergaduhan. pensyarah yang masuk mengajar turut pening dengan gelagat mereka. Dalam persembahan teater Ragam Muda Mudi ini terdapat 7babak. setiap babak ada isinya tersendiri. babak 1 di mulai dengan pendaftaran dan kenalan. babak2 di dalam kelas pertama.. bermula dengan aksi masha dan faiz dan pertengahan dgn pergaduhan antara anita dan azim. apabila penyarah masuk lari bersepai mereka. kelas bermula dan aksi mereka bermula. akhirnya pensyarah marah lalu keluar meninggalkan kelas. seterusnya babak 3, sebelum pensyarah tiba, masha mengajar faiz berjalan seperti model. kelas BI bermula dan zaem di denda akibat kantoi ingin membaling surat kepada ayu dan bercakap dalam Bahasa Melayu. Zaem di denda menyanyi lagu 'my heart' dan azim memetik gitar.Babak 4, perbincangan di dalam kelas dan laili lewat tiba dengan keadaan tidak mandi dan kusut masai. kemudian azim dan zaem menasihati faiz dan anita untuk berubah. mereka akhirnya berbaik semula. Babak 5, exam bermula dan mereka cuba meniru. babak 6, keputusan exam keluar dan keputusan azim tertukar dengan pelajar lain. babak 7 di akhiri dengan majlis makan malam yang bertemakan 60-an. artis undanga ialah Dato M.Daud Kilau dan isz telah menyanyikan lagu Cik Mek Molek. keadaan menjadi meriah. pementasan di tamatkan dengan, Anita di nobatkan sebagai pemenang primadona pada majlis itu dan mendendangkan lagu tema iaitu 'pesta muda mudi'. Mereka semua menari dan suka hati...


yang ni plk,antara persiapan kami, yang sedang sibuk bersolek... yela, nak tutup jerawat, parut mcm2 lg le.. boleh bayangkan x, betapa penatnye aku...bru je setel pertandingan teater interkolej, terus berkerja keras utk teater clas plk. penat tu..... tp xpe, 70% tu penting. semangat cha!! yang tukang makeup bg cantik ialah kak aizah....pakaian kami yg sesuai ini di fikirkan dan di cari oleh qazrin... setting di uruskan oleh meor dan zul dan props di selaraskan oleh pelajar Pb. kami telah cuba lakukan yang sebaik mungkin. yang penting pementasan kami berjaya dan En. Nazri berpuas hati. apa2 pun tq semua....sape yg aku xtersebut namnye aku minta maaf... tp aku hargai korang semua.